Kemahiran dan Kebolehan Batman

Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa super yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat getir. Komik-komik Batman selama ini tidak mejelaskan dengan terangnya bagaimana Bruce memperoleh kemahirannya.

Bruce Wayne menguasai banyak ilmu dan kemahiran sehingga mencapai tahap pakar di dalam setiap satu darinya. Berikut adalah senarai ilmu dan kemahiran yang telah beliau perolehi sebelum menjadikan dirinya The BatmanĀ :

  • kemahiran menyamar
  • kemahiran perisikan
  • kemahiran halimunan
  • kemahiran interogasi
  • kemahiran penyiasatan
  • kemahiran pelbagai seni tempur
  • kemahiran persenjataan
  • kemahiran gimnastik & olahraga
  • kemahiran forensik

Ada banyak lagi kemahiran yang dikuasai oleh Bruce Wayne. Ini adalah disebabkan dia telah mula berguru di dalam pelbagai bidang sejak umur awal remaja lagi. Walaupun dia hanyalah manusia biasa, dia telah membuktikan bahawa potensi kemampuan manusia boleh mencapai tahap mengkagumkan jika dilatih dengan cara yang sistematik serta ditambah dengan dengan kesungguhan yang luar biasa. Beliau adalah HERO yang dianggap setaraf SUPERHERO oleh rakan-rakan seperjuangannya yang terulung seperti Superman dan Wonder Woman.

Dalam filem Batman Begins, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan Ra's al Ghoul di pergunungan Himalaya dan di sinilah dia melatih seni mempertahankan diri yang luar biasa.

Berkaitan